Isnin, September 16, 2013

AK-47

Salam sejahtera buat semua pembaca.

Teringin benar saya menembak menggunakan senjata buatan Russia, AK-47. Keinginan itu dizahirkan tatkala saya berkunjung ke Chu Chi Tunnel, Vietnam petang semalam.


Ya, saya masih berada di Vietnam.

Pegawai Khas YBBM, klik di sini, Mohd Farid Hamzah juga turut serta menggunakan senjata sama.


Sebelum menembak di Khu Ban Sung,  terlintas di fikiran saya betapa hebatnya ketokohan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.  Semangat mereka untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963  tidak luntur biarpun diancam oleh komunis dan ditentang beberapa parti politik.

In Sha Allah, saya akan kembali semula ke Malaysia pada 17 September namun saya tinggalkan satu karya istimewa untuk tontotan semua.

'Hari Malaysia : Nikmat Dituai'.

Setelah 50 tahun Malaysia dibentuk, kini pelbagai nikmat dikecapi oleh semua bangsa di negara berdaulat.

Saya amat menghargai jasa kalian sekiranya sudi menonton paparan Majalah 3, akan disiarkan tepat pada jam 9 malam ini.

Selamat menyambut Hari Malaysia dan selamat menonton.

4 ulasan:

  1. SAlah pegang tu bang ... heheh ... jangan pegang magazine nanti tercabut pulak ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaaa, sebab itu 8 daripada 10 peluru mengenai sasaran, kalua tidak mesti semua.

      Padam
  2. Saya lak teruja nak try HK416... Kat mana bley try test ye... Apapun selamat Hari Malaysia...

    BalasPadam
  3. Alamak itu ketua KOminis sudah mati. Kalau mati kena headshot mmg gua puas hati. Gua panggil satu kampung buat kenduri

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.