Khamis, September 26, 2013

GAMBAR EKSKLUSIF DI LOKASI PENGUATKUASA KPDNKK DIUGUT MENGGUNAKAN PEDANG SAMURAI

4 suspek diberkas dalam operasi KPDNKK di Cheras, Kuala Lumpur terbabit mengugut penguatkuasa dan penjualan DVD cetak rompak kini ditahan untuk siasatan di Ibu Pejabat Daerah Kajang.

Baca entri terdahulu, klik di sini sebagai rujukan.

Berikut antara gambar eksklusif dirakamkan oleh penguatkuasa KPDNKK sewaktu kejadian. Ketika rumah diserbu, 7 penjual dan pengedar DVD cetak rompak dan lucah berjaya diberkas.


Klik di sini


Dua jam kemudian sekumpulan gangster datang dan menuntut 6 daripada pekerja dibebaskan. Seorang lagi dikatakan hanya menyewa bilik di rumah sama.

Beberapa jiran tinggal di sekitar rumah diserbu berkata, aksi gangster datang dilengkapi antaranya pedang samurai tidak ubah seperti sedutan daripada filem Hong Kong.

Lihat gambar di bawah. Sekumpulan gangster Cina berjalan gah menuju ke lokasi, rumah di sebelah kiri.


Tatkala cuba memboloskan diri, 2 daripada ahli kumpulan gangster diberkas bersama 2 penjual DVD. Kereta Proton Iswara biru digunakan oleh gangster terlanggar kenderaan KPDNKK dan kereta orang awam.



Bengkel YBBM

Hanya tinggal 8 lagi tempat kosong untuk menyertai Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM pada 13 Oktober 2013 di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, di antara jam 9 pagi dan 6 petang.

Bilangan peserta terhad, 25 sahaja. RM500 untuk kakitangan swasta dan kerajaan, RM350 untuk pelajar IPT sepenuh masa/pelajar sekolah menangah.

Sila WhatsApp 019 3902899 untuk mendaftar.

2 ulasan:

  1. Jangan diberi muka kepada mana2 kumpulan samseng. Jika tak dibendung dari awal tak mustahil negara kita boleh jadi spt negara Amerika Latin. Nak berkas samseng spt nak berkas sekumpulan tentera terlatih.

    BalasPadam
  2. Saya tak faham kenapa tak guna senjata api, kalau tak nak guna senjata api, jgn bawa. Adakah mereka ini tidak terlatih utk menggunakannya? atau senjata hanya utk menakut-nakutkan sahaja. Buat malu sahaja. Kalau takut bawa polis bersama. nanti jgn gengster tahu bahawa pegawai KPDNKK tak guna senjata maka mereka akan lebih berani mengugut pegawai KPDNKK.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.